Tuesday, 27 December 2011
Setia Engineering
SETIA ENGINEERING (M) SND BHD (SESB) telah ditubuhkan di Malaysia pada 09th Julai 2008 yang beralamat berdaftar di No. 15B, Tingkat 2, Jalan Kenari 2, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dan beribu pejabat di No.1, Jalan USJ 1/6B, Taman Subang Mewah, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
SESB merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dan diakui serta disahkan pendaftaran dengan kementerian kewangan malaysia dan badan-badan berkanun.SESB juga adalah syarikat yang aktif dan berdaya saing selaras dengan matlamat utama penubuhannya dengan teras utama yang khusus dan aktif serentak ke arah mutu perkhidmatan dan mendapat sokongan pelanggan di Malaysia dan negara jiran.
Prinsip utama SESB adalah memberi sepenuh perhatian dan meningkatkan produktiviti untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang ‘Power and Generation’, ‘Transmission’, ‘Distribution and Industrial Installation Division’, diikuti dengan projek-projek pembekalan alat ganti, peralatan dan sektor penyelenggaraan untuk badan kerajaan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta syarikat sektor swasta.SESB telah berjaya melaksanakan projek, membekalkan alat ganti / peralatan dan penyelenggaraan untuk KTMB, TNB TM dan badan berkanun yang berprestij serta sektor swasta.
PENGARAH SYARIKAT
Seth Muhamad bin Che Dan
Beliau merupakan seorang yang kreatif dan produktif dalam menjana pertumbuhan dan pembangunan syarikat. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas dalam bidang mekanikal dan elektrikal terutama sekali dalam bidang yang berkaitan penyelenggaraan alat ubah. Selain itu, beliau merupakan seorang yang aktif dalam meningkatkan kemajuan dan hala tuju syarikat bagi mencapai visi dan misi syarikat.
Mimi Azura binti Bahari
Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam sektor pentadbiran. Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai reputasi kerja yang baik dalam membantu menguruskan sistem pentadbiran syarikat. Selain itu, beliau juga membantu pengarah projek dalam merangka peralihan kerja dan unjuran pemasaran
Klik disini untuk Carta Organisasi dan Kumpulan Pengurusan Syarikat
Subscribe to:
Posts (Atom)